Apakah itu pelanggaran hakcipta?
Hak Cipta adalah hak eksklusif yang diberikan oleh undang-undang untuk tempoh masa tertentu kepada pencipta karya untuk mengawal penggunaan karya mereka. Perlindungan hakcipta di Malaysia adalah berasaskan kepada Akta Hakcipta 1987.
Karya-karya yang layak mendapat perlindungan Harta Intelek ialah :¬
- Karya sastera ;
- Karya muzik;
- Karya seni;
- Filem;
- Rakaman bunyi;
- Siaran; dan
- Karya terbitan
Karya-karya di atas adalah dilindungi tanpa mengira kualiti dan tujuan karya-karya itu dihasilkan.
Walau bagaimanapun, perlindungan hak cipta hanya boleh diberikan kepada ekspresi idea dan tidak kepada idea, prosedur, kaedah pengendalian atau konsep matematik. - KPDNHEP
Post a Comment