9 tanda anda mungkin dijangkiti penyakit Tibi (TB)


Penyakit Tuberkulosis (TB) merupakan penyakit berjangkit kedua tertinggi yang direkodkan di Malaysia dan berdasarkan data survelan TB 20 tahun kebelakangan ini, penyakit TB semakin banyak dilaporkan. 

Tuberkulosis adalah penyakit berjangkit bawaan udara yang boleh diubati, walau bagaimanapun, jangkitan boleh berulang semula sekiranya pesakit tidak mematuhi rejim rawatan TB dan menyebabkan rintangan kuman TB terhadap pelbagai ubat TB akibat ketidak-patuhan menerima rawatan TB. 

Dalam keadaan yang paling teruk, penyakit TB boleh menyebabkan kematian apabila pesakit tidak mengambil perhatian serius untuk merawat dan mematuhi tempoh rawatan TB yang telah ditetapkan.  

Agen Penyakit TB dan cara jangkitan Penyakit TB disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis. Jangkitan kuman TB berlaku apabila seseorang tersedut udara yang mengandungi kuman TB apabila seseorang pesakit TB batuk atau bersin dan menghembus keluar titisan air yang mengandungi kuman TB. 

Masa pengeraman selepas pendedahan kepada kuman TB sehingga menunjukkan tanda dan gejala penyakit TB adalah dari 2 minggu sehingga 10 minggu.  

Tanda dan gejala penyakit TIBI 
  • Batuk melebihi 2 minggu•        
  • Demam 
  • Kahak berdarah
  • Sakit dada apabila batuk atau tarik nafas panjang
  • Berpeluh waktu malam    
  • Cepat letih atau lemah badan       
  • Hilang selera makan
  • Turun berat badan  

Rawatan Penyakit TIBI

Tempoh minimum bagi rawatan TB adalah 6 bulan di mana pada 2 bulan pertama adalah fasa intensif dan 4 bulan berikutnya adalah fasa sambungan. Kedua-dua fasa rawatan ini menggunakan strategi Directly Observed Treatment (DOTS) yang merupakan mekanisme pengambilan ubat TB di bawah penyeliaan dan perlu direkodkan. 

Sekiranya pesakit menjalani rawatan TB dengan sempurna, pesakit boleh sembuh dari penyakit berkenaan. Manakala sekiranya pesakit TB mengingkari rawatan atau tidak mengikuti rejim rawatan yang telah ditetapkan, risiko yang berkemungkinan adalah kuman TB akan menghasilkan daya rintangan / daya tahan terhadap ubat TB yang digunakan dan menyebabkan ubat itu kurang / tidak berkesan terhadap kuman TB itu. 

Ini mengakibatkan pesakit perlu menggunakan ubat yang lebih kuat untuk rawatan dan tempoh rawatan mungkin dipanjangkan. 

Dalam kes pesakit yang ingkar / gagal ikuti rejim rawatan yang teruk, pesakit mungkin akan mati akibat penyakit TB.  Pesakit TB yang tidak mengikuti / tinggalkan rawatan akan kekal menjadi sumber jangkitan kuman TB kepada ahli keluarga atau sesiapa yang rapat dengan pesakit itu.


Sumber: My Health
Powered by Blogger.