10 tanda-tanda penyakit bawaan haba
Gelombang haba disebabkan perubahan monsun dan menyebabkan cuaca panas di negara ini. Jabatan Meteorologi meramalkan cuaca panas ini sehingga akhir April.
Antara gejala strok haba
- Badan letih dan lemah.
- Rasa pening atau sakit kepala.
- Rasa mual, loya dan muntah.
- Peluh keterlaluan atau tidak langsung berpeluh dalam cuaca terik.
- Kekejangan otot.
- Nadi menjadi laju dan dada akan ketat.
- Mengalami hipotensi atau tekanan darah rendah.
- Pitam atau pengsan.
- Tekak kering dan rasa dahaga keterlaluan.
- Jarang membuang air kecil atau warna urin gelap berbanding biasa.
Jika mengalami gejala di atas, lakukan tip di bawah dalam menangani strok haba:
- Beralih ke kawasan lebih sejuk, berangin dan jauh daripada sinaran matahari.
- Longgarkan pakaian untuk memberi ruang supaya kulit boleh ‘bernafas’ dalam usaha menurunkan suhu badan ke paras normal.
- Turunkan suhu badan dengan mengelap muka atau badan menggunakan tuala lembap, mandi, berendam dalam air sejuk atau meletakkan pek sejuk di celah ketiak. Anda juga boleh duduk di bawah atau hadapan kipas.
- Minum air sejuk perlahan-lahan. Anda juga boleh kemam ketulan ais untuk menambah cecair dalam badan.
- Jika gejala masih belum pulih dan makin teruk, dapatkan rawatan di hospital atau pusat kesihatan berhampiran.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
Post a Comment