Saifuddin pengerusikan mesyuarat Kluster Infrastruktur Digital dan Data


Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah hari ini mempengerusikan mesyuarat pertama Kluster Infrastruktur Digital dan Data.


Beliau berkata mesyuarat bersama wakil Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan agensi berkaitan adalah bagi meneliti pembentangan inisiatif berkaitan infrastruktur digital dan data serta rangka kerja Identiti Digital Nasional.


“Turut dibincangkan dalam mesyuarat ialah cadangan keanggotaan kluster mewakili pihak industri, akademia dan masyarakat sivil dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi digital yang selamat, kukuh dan mampan secara inklusif,” menurutnya dalam Twitter beliau malam ini.


Saifuddin turut memuat naik dua keping gambar mesyuarat itu.


-- BERNAMA

Powered by Blogger.