Instagram Neelofa dihujani ucapan tahniah
Akaun rasmi Instagram pelakon dan pengacara popular Neelofa terus dihujani ucapan tahniah oleh ramai selebriti tempatan susulan berita dirinya sudah dirisik pelakon dan pendakwah, PU Riz, semalam.
Neelofa yang memuat naik foto terbaharu bersama ibu tercintanya, Datin Noor Kartini menerima lebih 500,000 tanda suka dan hampir 12,000 komen daripada peminat serta selebriti.
Antara selebriti popular yang meninggalkan komen pada foto terbaharu yang dimuat naik Neelofa adalah Siti Elizad, Mawar Rashid, Zizan Razak, Mira Filzah, Siti Sarah, Mila Jirin, Nora Danish, Sari Yanti dan Fara Fauzana.
Tidak hanya itu, Azira De Fam, Nabila Razali, Diana Amir, Hannah Delisha, Datin Seri Umie Aida, Kilafairy, Ramona Zam Zam, serta Yatt Hamzah turut meninggalkan komen pada foto terbabit.
Menerusi komen yang ditinggalkan, rata-rata selebriti menzahirkan rasa syukur dan tahniah terhadap ahli perniagaan itu.
"Alhamdulillah. Semoga Allah permudahkan segalanya," tulis Zizan.
"Alhamdulillah. Tahniah Lofa. Tak sabar menanti hari bahagia anda," tulis Ramona.
"Alhamdulillah. Tahniah kak Lofa," tulis Hannah.
"Akhirnya, saya cinta awak mek," tulis kilafairy.
"MashaAllah. Tahniah daripada saya dan keluarga. Semoga Allah permudahkan segalanya dan semoga ikatan perkahwinan kalian mendapat restu dan kebahagiaan," tulis Yatt Hamzah.
Semalam, Harian Metro melaporkan Neelofa dikatakan sudah dirisik oleh pelakon dan pendakwah, Hariz Ismail atau PU Riz dalam satu majlis sederhana yang berlangsung di kediaman keluarga selebriti dan ahli perniagaan itu.
Terdahulu, tular di media sosial apabila ramai warganet membuat perkongsian gambar Neelofa dan PU Riz berpakaian warna sedondon termasuk ucapan tahniah buat pasangan sejoli berkenaan. - HARIAN METRO
Post a Comment