Mayat wanita tanpa identiti ditemui terapung


Mayat seorang wanita ditemui terapung di Sungai Kuala Kampar berdekatan jambatan dari Malim Nawar ke Tanjung Tualang, di sini petang tadi.

Mayat mangsa yang belum dikenali identitinya ditemui penduduk kampung yang sedang memancing berdekatan kawasan sungai berkenaan.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampar, Mohd Hariry Kamarudin, berkata balai menerima panggilan daripada polis, jam 6.10 petang memaklumkan berhubung kejadian dan bergegas ke lokasi kejadian.

"Tiba di tempat kejadian anggota menjumpai wanita terapung di tebing sungai dan maklumat mangsa belum dikenal pasti.

"Anggota menggunakan tali dan 'strecher' untuk membawa mangsa naik," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, mayat itu diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Ketua Polis Daerah Kampar, Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. - BERITA HARIAN
Powered by Blogger.