PKPB: 13 dikompaun lepak di Pantai Lido


Seramai 13 individu dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) apabila didapati melepak di Pantai Lido di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzil Mohd Zain, berkata dalam operasi jam 11 malam, polis dan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) membuat pemeriksaan terhadap 13 kereta yang diletakkan di bahu jalan serta orang awam yang berkumpul di tepi pantai itu.

"Soal siasat awal mendapati semua mereka gagal memberi alasan yang munasabah semasa ditahan kerana gagal mematuhi arahan PKPB," katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

Semua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Johor Bahru Selatan dan dikompaun.

Sehubungan itu, Mohd Padzil berkata, polis meminta orang ramai mematuhi SOP PKPB. Polis juga akan meningkatkan rondaan di kawasan taman rekreasi dan lokasi tumpuan ramai dalam daerah Johor Bahru Selatan bagi mengelak perhimpunan ramai. - BERITA HARIAN
Powered by Blogger.