Pengawal keselamatan sekolah agama ditemui mati


Seorang pengawal keselamatan sebuah Sekolah Rendah Agama (SRA), di AU3, Ampang di sini, ditemui mati, petang tadi.

Mayat lelaki berusia 40-an itu ditemui terbaring berlumuran darah oleh orang awam yang melalui hadapan sekolah berkenaan kira-kira jam 5 petang.

Berdasarkan maklumat awal, lelaki berkenaan memulakan tugasnya di SRA Al Tarbani pada jam 7 pagi tadi dan syif tamat jam 7 malam.

Lelaki itu juga dilaporkan mula bertugas di sekolah agama berkenaan sejak Julai tahun lalu.

Dia juga dilaporkan adalah pemegang kad Orang Kelainan Upaya (OKU) fizikal.

Difahamkan ketika mayatnya ditemui, beg duit mengandungi wang tunai serta dua telefon bimbitnya tidak hilang.

Dia disahkan meninggal dunia selepas pegawai pembantu perubatan menjalankan pemeriksaan sebelum mayatnya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Setakat ini kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR). - BERITA HARIAN
Powered by Blogger.