COVID-19: Kes positif berkurang, petugas KKM tumpu kajian genomik
Menurutnya ia juga merupakan tanggungjawab bersama Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) untuk menjalankan kajian itu.
“Saya percaya, mungkin di negara kita telah ada ketiga-tiga strain tersebut (COVID-19) iaitu strain A, B dan C sebab warga Malaysia yang pulang dari pelbagai negara.
Tetapi ini kena dijalankan kajian supaya kita dapat buktikan jenis-jenis strain tersebut (telah ada) dan juga sama ada telah mutasi ataupun tidak,” katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19 di sini hari ini.
Sebelum ini, Dr Noor Hisham dilaporkan berkata kebanyakan kes positif yang dikesan pada gelombang pertama dan bahagian awal gelombang kedua adalah dari Strain B, iaitu persamaan dengan jenis strain yang terdapat di Wuhan, China.
-- BERNAMA
Post a Comment