Selit dadah dalam roti canai


Polis sedang mengesan individu yang menggunakan khidmat penghantar makanan untuk menghantar roti canai yang ‘diselitkan’ bungkusan dadah.

Kegiatan itu terbongkar selepas seorang penghantar makanan menerima pesanan dari seorang lelaki di Tropicana, Petaling Jaya jam 7 malam tadi untuk menghantar satu bungkusan kepada penerima di Setapak, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, ketika berada di kawasan Gombak, pekerja berusia 31 tahun itu membuka bungkusan itu kerana berasa tidak sedap hati.

Menurutnya, lelaki terbabit kemudian mendapati bungkusan itu mengandungi roti canai dan dua plastik lut sinar disyaki dadah.

“Seterusnya pengadu tampil membuat laporan polis.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan usaha untuk mengesan suspek sedang dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

-- BERITA HARIAN
Powered by Blogger.