Talian Kasih 15999 kini bebas tol


Talian Kasih 15999 kini dikategorikan sebagai satu daripada nombor di bawah MERS 999 bagi membolehkan semua panggilan yang dibuat ke talian itu tidak dikenakan caj (bebas tol).

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam kenyataan hari ini berkata semua pemanggil talian itu yang menggunakan perkhidmatan disediakan syarikat telekomunikasi tersenarai tidak akan dikenakan caj panggilan.

Syarikat berkenaan ialah Celcom Axiata Bhd, Digi Telecommunications Sdn Bhd, Maxis Bhd, Telekom Malaysia Bhd, TIME dotcom Bhd, U Mobile Sdn Bhd, Webe Digital Sdn Bhd dan YTL Communications Sdn Bhd.

KPWKM berkata Talian Kasih 15999 beroperasi 24 jam setiap hari bagi membantu mereka yang menghadapi pelbagai masalah berkaitan kebajikan, kanak-kanak, kaunseling, penderaan, pembuangan bayi, masalah sosial remaja, perkhidmatan kesihatan reproduktif dan perlindungan kepada mereka yang memerlukan. - BERNAMA
Powered by Blogger.