Penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN hingga 30 Jun - PTPTN


Kerajaan bersetuju memberi penangguhan bayaran balik pinjaman kepada semua peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berkuat kuasa serta merta sehingga 30 Jun ini. 

PTPTN dalam kenyataan hari ini, memaklumkan penangguhan yang dilaksana susulan penularan COVID-19 itu dijangka memberi manfaat kepada 1.5 juta peminjam dengan jumlah kutipan bagi tempoh penangguhan tersebut adalah RM375 juta.

“PTPTN sentiasa prihatin dan peka serta mengambil berat terhadap kebajikan semua peminjam,” kata kenyataan itu.

Untuk sebarang maklumat lanjut, peminjam PTPTN boleh menghubungi talian Careline 03 - 2193 3000 yang beroperasi setiap Isnin hingga Jumaat pada 9 pagi hingga 5 petang.

Maklumat juga boleh diperoleh melalui portal rasmi www.ptptn.gov.my.

Terdahulu, Menteri Kanan merangkap Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada satu sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-Menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan hari ini memaklumkan PTPTN bersetuju untuk melaksanakan penangguhan tersebut.

-- BERNAMA
Powered by Blogger.