Akauntan Kena Tipu


Seorang akauntan wanita kerugian RM240,879.36 selepas menjadi mangsa penipuan untuk membuat pembayaran ke akaun lain dalam kejadian di pejabat syarikat swasta di Jalan Lanang, di sini, tengah bulan lalu.
Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, pada 17 Mei lalu, mangsa yang berusia 37 tahun itu menerima e-mel dari sebuah syarikat yang berada di Singapura yang memaklumkan bahawa belum menerima bayaran untuk pembelian minyak kenderaan daripada syarikat mangsa.
Bagaimanapun, katanya, mangsa sudah membuat pembayaran sebanyak AS$57,834.17 (RM 240,879.36) pada 7 Mei lalu melalui sebuah akaun bank atas nama Gulf Oil Marine Limited yang berpangkalan di United Kingdom.
“Mangsa kemudian membuat semakan semula pada e-mel yang pernah diterimanya pada 30 April lalu dan mendapati alamat e-mel yang digunakan adalah berlainan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Stanley berkata mangsa kemudian membuat laporan untuk siasatan pihak polis selepas menyedari dirinya ditipu.
“Suspek berjaya memperdayakan pengadu dengan menghantar e-mel yang mengandungi butiran akaun yang tidak betul sehingga menyebabkan pengadu memindahkan wang ke akaun yang lain.
“Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya. - BERITA HARIAN
Powered by Blogger.