Perutusan PM sempena 1 tahun Kerajaan Pakatan Harapan


Perdana Menteri berkata, prestasi pencapaian Janji Kerajaan bagi tempoh 10 Mei 2018 sehingga 30 April 2019 untuk "Membina Negara dan Memenuhi Harapan" adalah sebanyak 39.01%. 

Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, prestasi itu diukur melalui status kemajuan 464 Inisiatif yang merupakan dasar dan tindakan-tindakan spesifik yang dinyatakan dalam setiap janji.

“Sebanyak 53 Inisiatif atau 11.42% telah ditunaikan dari 128 Inisiatif. Manakala 283 Inisiatif atau 60.99% adalah di peringkat Dalam Perancangan atau Belum Mula. Prestasi ini menunjukkan peningkatan sebanyak 29.34 % berbanding 9.67% pada 31 Disember 2018.” katanya dalam ucapan sempena Perutusan Perdana Setahun Malaysia Baharu di Pusat Konvesnyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Selain itu, beliau juga berkata Inisiatif yang akan diperkenalkan akan dapat memastikan rakyat dan Negara menikmat Kemakmuran Bersama. Matlamat Kemakmuran Bersama adalah untuk menyediakan taraf hidup yang wajar (decent standard of living) kepada semua rakyat Malaysia.

Tun Dr. Mahathir Mohamad juga berkata, Hasrat Kemakmuran Bersama ini adalah dengan tujuan memastikan seluruh rakyat merasai nikmat dengan lebih adil dan teragih. 

Kemakmuran Bersama ini dibangunkan untuk memastikan ia mencapai 3 objektif utama iaitu memastikan Jurang Pendapatan dan Kekayaan rakyat dapat ditangani. Ia adalah Model Pembangunan Baharu untuk semua. Dan adalah untuk Malaysia yang lebih cemerlang dan menjadi salah satu paksi ekonomi penting di Asia.

Powered by Blogger.