Bersiar-siar di sekitar bandar sebelum dirogol rakan lelaki selama 2 hari


Seorang pelajar perempuan dirogol rakan lelakinya di sebuah rumah di Kampung Geliga, Chukai, Jumaat lalu. 

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 4.45 petang itu, mangsa berusia 13 tahun keluar dari rumah menaiki kereta bersama suspek berusia 25 tahun. 

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata, mangsa dan suspek bersiar-siar di sekitar bandar terlebih dahulu sebelum suspek membawa mangsa pergi ke rumahnya. 

Mangsa yang bermalam di rumah suspek selama dua malam dirogol beberapa kali sebelum dihantar pulang ke rumahnya kira-kira jam 12 tengah hari Ahad. 

Ahli keluarga yang mengesyaki ada sesuatu yang berlaku lalu menyoal remaja berkenaan dan akhirnya mengaku telah dirogol oleh suspek. 

Susulan pengakuan remaja itu, keluarganya membuat laporan polis di Balai Polis Chukai semalam dan bertindak di atas laporan itu, suspek ditahan di kediamannya pada jam 9 malam pada hari yang sama. 

Suspek yang menganggur itu kini direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 Kanun keseksaan kerana merogol. 

Ibu bapa dan penjaga dinasihatkan untuk mengawasi pergerakan anak masing-masing bagi mengelakkan mereka terlibat dengan gejala sosial. Usah dibiarkan anak terlalu bebas bergaul melampaui batasan dan akhirnya merosakkan maruah dan masa depannya sendiri. 

Sumber: Harian Metro
Powered by Blogger.