Bantuan khas Aidilfitri RM450 kepada penjawat awam, RM225 kepada pesara


Kerajaan akan memberi bantuan khas kewangan sebanyak RM450 kepada hampir 1.5 penjawat awam dari Gred 56 dan ke bawah sebagai persediaan menyambut Aidilfitri, bulan depan.

Pejabat Perdana Menteri, dalam kenyataan hari ini, memaklumkan seramai 800,000 pesara kerajaan akan turut menerima bantuan khas berjumlah RM225 sebagai menghargai jasa dan perkhidmatan mereka.

Pembayaran bantuan khas itu akan dibuat pada 24 Mei ini, menurut kenyataan itu.

Pejabat Perdana Menteri itu berkata, bayaran bantuan khas kewangan kepada penjawat awam dan pesara itu melibatkan anggaran peruntukan kewangan sebanyak RM855 juta. - BERNAMA
Powered by Blogger.