Melestari alam sekitar tanpa beg plastik


Isu pencemaran plastik bukan sahaja menghantui rakyat Malaysia tetapi meliputi penduduk di peringkat global kerana ia bagaikan musuh kepada alam sekitar. 

Masyarakat kini terlalu bergantung pada penggunaan plastik sekali gus menyebabkan ia sukar dikawal sehingga berlaku pencemaran. Bahkan, penggunaan plastik yang berleluasa menyebabkan orang ramai tidak menghargainya sehingga ia dibuang merata-rata tempat.

Selain menyakitkan mata, setiap hari berjuta-juta beg plastik ini turut memenuhi longkang sebelum hanyut dibawa hujan ke laut sekali gus memberi kesan lebih buruk khususnya kepada hidup¬an laut seperti penyu.


Sumber: FOMCA
Powered by Blogger.