Tabiat buruk rakyat Malaysia, suka buang sampah dari tingkap kenderaan


Walaupun hanya satu cebisan kecil namun siapa sangka plastik akan mengambil masa lebih 500 tahun untuk terurai manakala proses penguraian satu puntung rokok pula mengambil masa 50 tahun. Fakta itu tidak diketahui umum bahawa ia adalah antara punca longgokan sampah yang semakin kritikal di negara ini.

Sampah ringan seperti beg plastik dan tisu yang dibuang dari kenderaan bergerak berkemungkinan hinggap pada cermin kenderaan lain dan membahayakan pengguna kerana ia akan mengganggu pandangan dan pemanduan sehingga menyebabkan berlakunya kemalangan.

Sampah plastik yang mengalir ke longkang dan sungai akan terurai dan menjadi sebahagian daripada komponen air larut resap yang akan mengancam hidupan laut akibat termakan, terperangkap atau berikutan pencemaran air yang berpunca daripada sampah plastik.


Plastik yang terurai secara alami akan berubah menjadi 'microplastic' iaitu sejenis 'micropolutant' yang boleh meresap dan mencemarkan sumber air, mengancam hidupan laut dan memudaratkan kesihatan manusia.

Ubah sikap membuang sampah dari tingkap kereta anda. Jadikan sikap menjaga alam sekitar sebagai tanggungjawab bersama.
Powered by Blogger.