LHDN muat naik soalan lazim BPN 2.0, GKP


Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah memuat naik soalan-soalan lazim (FAQ) mengenai Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 dan Geran Khas PRIHATIN (GKP) di portal rasminya untuk kemudahan orang ramai.


LHDN berkata FAQ BPN 2.0 itu boleh dicapai di pautan pantas  http://lampiran2.hasil.gov.my/pdf/pdfam/FAQ_BPN_2.0_1.pdf dan GKP 2.0 di http://lampiran2.hasil.gov.my/pdf/pdfam/FAQ_GKP_2.0_1.pdf.


“Ia selaras dengan pengumuman kerajaan semalam di bawah Kerangka Inisiatif Tambahan Khas (Kita Prihatin) berjumlah RM10 bilion dalam usaha meringankan beban rakyat,” kata LHDN dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengumumkan inisiatif dan bantuan khusus di bawah pakej Kita Prihatin yang merangkumi BPN 2.0 berjumlah RM7 bilion, inisiatif GKP sebanyak RM600 juta dan Program Subsidi Upah 2.0 (RM2.4 bilion) yang menyasarkan golongan B40, M40, pekerja pelbagai bidang dan peniaga mikro.


-- BERNAMA

Powered by Blogger.