Empat pelajar antara direman bantu kes rogol remaja perempuan


Lima lelaki termasuk empat pelajar, di sini direman pada Isnin lalu, bagi membantu siasatan kes rogol remaja perempuan bawah umur.

Suspek berusia 16 sehingga 19 tahun itu ditahan penduduk Kampung Bukit Kecil, Tikam Batu bersama mangsa yang berusia 14 tahun di tepi hutan Taman Delima sebelum diserahkan kepada polis.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, berkata mangsa yang tinggal bersama neneknya di kampung terbabit dikatakan, keluar bersama kawan lelakinya sebelum dibawa ke kawasan hutan berkenaan, jam 11 malam.

"Sebelum itu, bapa remaja perempuan terbabit ada menelefon nenek mangsa untuk bertanya mengenai mangsa, namun dia dikatakan keluar dengan kawan lelakinya.

"Pada 11.30 malam, bapa mangsa keluar mencari mangsa dan mendapat tahu mangsa ditahan bersama lima lelaki di kawasan hutan," katanya dalam kenyataan,hari ini.

Adzli berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai keluar secara senyap dari rumah ketika datuk dan nenek sudah tidur.

Beliau berkata, mangsa juga mengakui pernah melakukan hubungan seks dengan rela bersama lima kenalan remaja lelaki berkenaan beberapa kali sebelum ini.

Katanya, mangsa sudah dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk pemeriksaan lanjut.

"Kesemua suspek direman dari tarikh ditangkap dan dijangka akan diberi jamin polis. hari ini.

Kes disiasat Seksyen 375B Kanun Keseksaan kerana merogol secara berkumpulan," katanya. - BERITA HARIAN
Powered by Blogger.