Polis Nafi Kes Kematian Warga Singapura Akibat Dijangkiti Koronavirus


Polis Johor menafikan kes kematian seorang lelaki warga Singapura berusia 78 tahun, di Kompleks Sultan Abu Bakar, Tanjung Kupang, Gelang Patah, disebabkan dijangkiti Koronavirus.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, ACP Dzulkhairi Mukhtar menerusi kenyataan memaklumkan, hasil pemeriksaan doktor di Hospital Sultanah Aminah mendapati individu berkenaan, meninggal dunia akibat serangan jantung.
Lelaki tersebut masuk ke negara ini dari Singapura, menaiki bas pelancong, bersama isterinya berusia 68 tahun, menuju ke Genting Highland, Pahang.

Semasa bas berhenti di pusat pemeriksaan passport di Kompleks Sultan Abu Bakar, secara tiba-tiba, mangsa mengadu sakit dada, dan kurang selesa kepada isterinya yang berada di tempat duduk sebelah.

Pemandu bas kemudian memaklumkan kejadian ke kaunter imigresen, sebelum pegawainya memberitahu kepada pihak polis.

Lelaki tersebut mempunyai rekod perubatan dan rawatan sakit jantung yang dijalankan di Singapura.
Beliau menasihati orang awam agar berhati–hati dalam menyebarkan sebarang berita yang belum disahihkan.  -BeritaRTM
Powered by Blogger.