Awasi pergerakan anak-anak - TPM


Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meminta semua pihak sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak supaya tragedi seorang kanak-kanak maut selepas terjatuh ke dalam lubang kumbahan najis, tidak berulang.

“Takziah buat keluarga Allahyarham adik Mohammad Anas Hadif Ahmad Hafiz. Saya doakan keluarganya tabah menghadapi dugaan ini,” kata Timbalan Perdana Menteri dalam catatan Twitter beliau, hari ini.

Mohammad Anas Hadif, 3, ditemukan mati dipercayai terjatuh ke dalam sebuah lubang kumbahan najis di kuarters Polis Pasir Puteh, Ipoh, hari ini. – BERNAMA
Powered by Blogger.