Tarikan pelancongan terbaharu Kuching


Jambatan Gantung Satok yang sedang dalam pembinaan, bakal menjadi tarikan pelancongan terbaharu di bandaraya Kuching.

Jambatan pejalan kaki merentangi Sungai Sarawak sepanjang 213 meter itu dibina dengan kos RM8.5 juta di lokasi jambatan asal yang runtuh pada Oktober 2004.

Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata keputusan 'membina' semula jambatan gantung berkenaan dibuat kerana ia mempunyai nilai sejarah yang tinggi selain menjadi tarikan pelancong.

Sebagai rekod jambatan asal siap dibina pada 1926 di zaman pemerintahan kerajaan Brooke.

Jambatan baharu dengan lebar tiga meter itu dibina mengikut piawaian British Standard (BS) termasuk menara dan blok utama bagi menempatkan kabel penggantungan dijadualkan siap pada 18 September ini.

Apabila siap nanti jambatan tersebut akan memudahkan orang ramai dari kawasan Satok ke Medan Niaga Satok, satu lagi tarikan di tebing Sungai Sarawak.

---BERNAMA
Powered by Blogger.