Orang Asli putus kepala dalam nahas motosikal




Seorang lelaki Orang Asli maut dalam keadaan terputus kepala selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam nahas di Kilometer 24 Lebuhraya Kajang SILK (SILK) dekat sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 5.25 pagi itu, mangsa berusia 30 tahun itu menunggang motosikal jenis Yamaha 125 yang disyaki terbabas lalu melanggar pembahagi jalan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor Supt Azman Shari’at berkata mangsa yang menunggang motosikal seorang diri dalam perjalanan dari arah Kajang menuju ke rumahnya di Pulau Carey tanpa memakai topi keledar.

"Mangsa disyaki menunggang motosikal dalam keadaan laju sebelum hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan.

"Akibat pelanggaran itu, kepala mangsa terputus daripada badan dan ditemui beberapa meter dari tempat bahagian badannya," katanya ketika dihubungi. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Setakat petang tadi, polis masih mengesan waris mangsa. -BERNAMA
Powered by Blogger.