Pengecas iPhone ‘Infinity Gauntlet’ Berharga RM31,275


Kehangatan filem Avengers: Endgame mencipta fenomena di seluruh dunia. Kini, Caviar tampil dengan koleksi aksesori pengecas gauntlet edisi khas bersempena dengan filem Avengers: Endgame.

Menariknya, koleksi aksesori ini diperbuat daripada emas dan telefon pintar anda boleh dicas pada telapak tangan gauntlet ini. Sedia maklum, untuk menghidupkan gauntlet memerlukan 6 ‘Infinity Stone’ dan pada gauntlet ini mengguna 6 batu iaitu topaz, chrysolite, amethyst, garnet, citrine, dan amber.

Harga bagi koleksi pengecas edisi khas ini adalah USD7,570 (~RM31, 275) dan boleh dibeli secara atas talian. Buat masa ini, pengecas ini difokuskan hanya untuk model iPhone XS dan XS Max sahaja. Pasti mereka yang berkemampuan dan peminat setia filem Avengers akan mmpertimbangkan untuk membeli pengecas ini. Barulah bergaya!



Sumber: The Vocket
Powered by Blogger.