Jom Kitar Semula Sisa Elektronik
Pada era globalisasi ini, penggunaan peranti elektrik dan elektronik seperti telefon pintar, komputer dan barang perkakasan rumah semakin meningkat selari dengan kemajuaan teknologi.
Fenomena ini menyebabkan sisa elektronik yang dihasilkan juga meningkat. Namun demikian, tidak dapat dinafikan bahawa peranti elektrik dan elektronik menjadi satu keperluan dalam urusan seharian kita.
Persoalannya, sedarkah anda bahawa peranti elektrik dan elektronik dapat dikitar semula selepas tamat jangka hayat pengunaannya?
Hal ini kerana peranti elektrik dan elektronik mempunyai logam yang sangat bernilai yang boleh digunakan semula sekali gus dapat menyelamatkan sumber bumi.
Sebagai contoh, emas dan tembaga boleh didapati di dalam processor komputer manakala aluminium boleh didapati di dalam barang perkakasan rumah seperti peti sejuk. Oleh itu, amatlah rugi jika ianya tidak di kitar semula. - Majalah Sains
Post a Comment