Super Mum Semakin Ramai
Super Mum ialah seorang wanita yang bertanggungjawab dalam menjaga emosi dan kesihatan fizikal anak-anak tanpa mementingkan diri serta mampu melaksanakan tanggungjawab dalam rumah tangga dengan baiknya.
Istilah super mum telah diperkenalkan pada tahun 1974 yang membawa maksud seorang ibu yang boleh dijadikan teladan yang bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas penjagaan rumah tangga dan mendidik anak-anak serta pada masa yang sama bekerja sepenuh masa.
Super mum juga turut dikenali sebagai Super Multiple Mumatau “Ibu hebat yang pelbagai” yang mana mereka melakukan pelbagai tugas dalam kehidupan seharian dan mampu seimbangkannya dengan kerjaya.
Super mum ialah seorang wira hebat yang mampu melakukan pelbagai tugas tanpa perasaan bangga mahupun rungutan.Super mum sering dirujuk sebagai amalan tradisional keibubapaan.
Kualiti Super Mum
- Super mum akan memastikan segala tugasan disiapkan
- Super mum berani untuk berkata “TIDAK”
- Super mum tahu saat bila dia memerlukan bantuan
- Super mum ialah seorang ibu yang penyayang dan menyenangkan
- Super mum boleh seimbangkan antara keluarga dan kerjaya
- Super mum percaya akan firasatnya
- Super mum lebih menghargai perkara yang lebih besar dan penting
- Super mum bijak mengagihkan tugasan kepada orang lain
- Super mum berasa seronok menjadi seorang ibu
Sumber : www.myhealth.gov.my
Post a Comment