SKMM, PDRM bersama perangi jenayah siber


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menubuhkan satu jawatankuasa bersepadu yang akan menerajui gerak kerja dan tindakan dalam usaha untuk memerangi ancaman jenayah siber termasuk penyamaran, cetak rompak digital, judi dalam talian, hasutan, ugutan, berita palsu dan sebagainya. 

Penubuhan jawatankuasa itu diwujudkan kerana semakin banyak kes melibatkan jenayah siber berlaku di negara ini. 

PDRM bersama SKMM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya kepada pihak atau individu yang tidak bertanggungjawab dan melanggar undang-undang negara.

Powered by Blogger.