Raja Permaisuri Agong hadiri majlis santapan Pandu Puteri
Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menghadiri Majlis Santapan Minum Petang anjuran Persatuan Pandu Puteri Malaysia, hari ini.
Tetamu diraja yang turut berangkat ialah Timbalan Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah; Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim dan isteri Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Che’ Puan Khaleeda Bustamam.
Baginda berkenan meluangkan masa lebih dua jam sebelum berangkat pulang pada 7.30 malam.
Sementara itu, Tunku Soraya bertitah majlis berkenaan diadakan sebagai tanda penghargaan kepada Raja Permaisuri Agong yang dilantik sebagai penaung persatuan yang baharu 13 Februari lalu.
Titah Tunku Suraya, ia juga untuk mengenang jasa dan sumbangan bekas pemimpin persatuan dan juga ahli persatuan yang banyak membawa kejayaan kepada Pandu Puteri sehingga hari ini. - Bernama
Post a Comment