Penjagaan kesihatan kanak-kanak penting untuk pembentukan sahsiah mereka


Ibubapa memainkan peranan penting dalam hal ini , ;kususnya para ibu kerana mereka merupakan insan yang mempunyai pertalian yang cukup erat dengan anak- anak.

Walaupun zaman sekarang para ibu berkerja di rumah dan luar tetapi tanggungjawab mereka sebagai seorang ibu perlu dijalankan agar hidup mereka sempurna sebagai seorang wanita, ibu dan isteri yang bertanggungjawab.

Anak-anak yang telah terdidik dan terlatih sejak kecil akan terbiasa dengan tabiat menjaga kebersihan sehingga dewasa.

Walaupun berada di era teknologi, namun kuman dan penyakit tetap wujud. Oleh sebab itu, kita perlu mengambil langkah yang bijak untuk menjaga kesihatan bermula di rumah. Mencegah lebih baik daripada merawat.

Penjagaan kesihatan kanak-kanak dan bayi ini bukan bermaksud hanya mereka yang perlu menjaga kebersihan, tetapi kita sebagai orang dewasa juga perlu menunjukkan contoh yang baik kepada mereka.Penjagaan kesihatan meliputi semua anggota bandan seperti dibawah agar kesihatan anak – anak terjamin.
  • Rambut
  • Mata
  • Gigi 
  • Kuku
  • Kulit
  • Telinga
  • Tangan dan Kaki

Sumber: 
Powered by Blogger.