Kesan dari aktiviti jualan barang tiruan, cetak rompak pada negara

FOTO HIASAN

Jenayah pemalsuan barangan dan cetak rompak semakin membimbangkan sejak akhir-akhir ini yang mana jika aktiviti ini tidak dibanteras akan memberi kesan kepada individu, organisasi dan juga ekonomi sesebuah negara.

Pemalsuan barangan dan cetak rompak adalah perbuatan meniru dan menggunakan bahan yang dilindungi oleh undang-undang hakcipta tanpa kebenaran. Perbuatan seperti itu diklasifikasikan sebagai satu tindakan yang mencabul salah satu hak eksklusif pemilik hakcipta asli. 

Di Malaysia, harta intelek dilindungi oleh Akta Hakcipta 1987.

Powered by Blogger.