Kenalpasti bentuk tubuh dan kesesuaian jenis pakaian
Pemilihan pakaian mengikut bentuk badan adalah sangat penting dan ia memainkan peranan penting dalam menjadikan imej penampilan kelihatan lebih menarik, memikat dan menyakinkan iaitu ia mewujudkan “the frist impression”. Berikut merupakan beberapa bentuk badan.
Segi empat bujur
Wanita yang mempunyai garis pinggang yang kecil atau pun tiada langsung, sesuai memakai baju yang mempunyai lapik di bahu, vest, jaket, atau fabrik lembut untuk bahagian atas.
Berlian
Wanita yang memiliki bentuk berlian di kategorikan kepada wanita yang mempunyai pinggul atau perut yang agak besar daripada dadanya. Kalau nak Nampak kurus perlulah mengenakan asksesori leher yang labuh, pakaian bercorak sederhana, atau gaun tanpa lengan dan vest terbuka... amat sesuai.. tapi untuk yang beragama islam tidak digalakkan untuk memakai gaun tanpa lengan.. kalau ada lapik luar yang menutup aurat dibenarkan...janganla pulak jarang ya, sampai menunjukkan bentuk badan.
Bujur telur
Wanita yang mempunya bentuk badan bujur telur, mereka sesuai sekali memakai baju yang mempunyai garis leher berbentuk V. Corak garis menegak, corak garis geometri ataupun memilih pakain daripada warna-warna asli gelap hingga sederhana. Tambahan mereka juga boleh mengenakan kasut bertumit sederhana tinggi, skirt yang labuh di bawah paras lutut ataupun aksesori yang berwarna–warni untuk mengalih perhatian.
Hourglass
Wanita yang mempunyai bentuk ukuran dada dan pinggul yang agak sama. sementara ukuran pinggangnya 25cm(10 inci) lebih kecil daripada dada atau pingulnya. Mereka yang mempunyai bentuk badan seperti ini sesuai dengan apa sahaja pakaian. Dan proses membeli belah pun sangat mudah bagi mereka, pun begitu bentuk tubuh seperti ini juga menghadapi masalah dalam memadankan seluar, yang mana lazimnya saiz pinggang lebih kecil daripada peha menyebabkan kesukaran dalam memilih seluar.
Segi tiga terbalik
Bentuk badan wanita ini, iaitu bahagian atas badan lebih besar daripada bahagian bawah. Untuk menyeimbangkan bentuk badan itu, mereka harus memilih skirt bergaris A. Terstur yang garang, corak bergaris mendatar serta berseluar labuh, atau meminimumkan bahagian atas badan blaous berkolar luas.
Segi tiga( buar pear)
Bentuk badan yang biasa dimiliki oleh wanita. Ia dapat dilihat pada bahagian atas tubuh yang kecil dan melebar dibahagian bawah. Wanita seperti ini perlu mengenakan pakaian yang mempunyai pelapik bahu dan berwarna cerah supaya bahagian atas lebih tertumpu. Selain itu warna gelap termasuk hitam adalah sesuai untuk bahagian skirt ataupun seluar bagimenyamarkan pinggul dan peha yang besar. Hindari penggunaan seluar jenis garis-garis horizontal khususnya dibahagian pinggul dan peha kerana ia akan membuat pinggul dan peha kelihatan lebih besar.
Sumber: syafiqahhassan.blogspot.com
Post a Comment