HUAWEI Siri P30 dilancarkan di 11 lokasi


Di saat ramai yang ternanti-nantikan pelancaran telefon pintar HUAWEI Siri P30 di negara ini, HUAWEI mengambil inisiatif, mengumumkan untuk mengadakan jualan dalam skala lebih banyak berbanding tahun lalu.

Ini berikutan, setiap kali pelancaran siri telefon pintar ini, bilangan peminat setia sanggup beratur panjang semata-mata untuk mendapat dan merasai sendiri kehebatannya pada hari pertama jualan.

Ini dibuktikan menerusi pelancaran HUAWEI Mate 20, tahun lalu di ibu kota, segenap ruang dipenuhi dengan peminat setia yang tidak sabar untuk memilikinya. Situasi itu turut sama berlaku di Pulau Pinang dan Johor Bahru.

Tahun ini, bagi memenuhi permintaan dan memuaskan hati setiap penggunanya, HUAWEI memilih 11 lokasi di seluruh negara semata-mata untuk pelancaran HUAWEI Siri P30.

Ini membolehkan pengguna setia jenama HUAWEI menjadi yang pertama di Malaysia untuk memiliki telefon pintar ini pada hari pertama pelancarannya dalam suasana kondusif dan tidak bersesak-sesak. Ramai yang tidak sabar lagi dan amat teruja untuk memiliki serta menggunakan telefon pintar yang semakin canggih ciptaannya ini.

11 lokasi yang bakal mengadakan pelancaran berkenaan adalah Kuala Lumpur (dua lokasi), Pulau Pinang, Kedah, Perak, Johor Bahru, Melaka, Pahang, Kelantan, Sabah dan Sarawak.

Dengan meningkatkan jumlah lokasi jualan pelancaran tempatan Huawei Siri P30 , sekali gus membolehkan peminat peranti di Malaysia merasai dan menikmatinya sendiri secara lebih dekat.

Maklumat lanjut lokasi berkenaan akan didedahkan selepas ini dan pengguna yang ingin untuk turut sama merasai pengalaman pelancaran di Paris, boleh layari laman sosial rasmi HUAWEI. - Berita Harian
Powered by Blogger.