Hentikan penggunaan polisterina


Polisterin? Pada sesiapa yang peka dengan isu alam sekitar  pasti sudah dapat membayangkan keburukan  apabila perkataan polisterin disebut. Pada era langit yang terbuka ini, penggunaan polisterin semakin berleluasa bukan sahaja di negara Malaysia malah di seantero dunia.

Penggunaan  polisterin adalah salah  satu  penyebab berlakunya masalah  alam sekitar di negara ini dan ini memerlukan perhatian yang tinggi untuk mengurangkan penggunaan polisterin dan seterusnya mengharamkan terus penggunaannya.

Polisterin mengandungi tirena dan benzena yang boleh menjejaskan alam sekitar yang mana bahan-bahan berbahaya ini 500 tahun untuk dimusnahkan secara semulajadi. Tambahan pula, hasil kajian yang dilakukan oleh Institut for Energy and Environmental Research(IEER) pada tahun 1992 menunjukkan polisterin yang diperbuat daripada HCFC-22 berpotensi mengancam persekitaran 3 hingga 5 kali lebih tinggi berbanding bahan-bahan buangan yang lain.

Usaha pengharaman penggunaan polisterin haruslah menjadi perhatian semua pihak. Sukar untuk mengharapkan masyarakat melakukan perubahan drastik jika tiada satu usaha agresif tidak dipraktikkan dalam menghapuskan penggunaan polisterin. - Alam Flora

Powered by Blogger.