GFRIEND datang Malaysia Jun ini


Kumpulan K-Pop, GFRIEND bakal hadir ke negara ini untuk mengadakan konsert jelajah 2019 GFRIEND ASIA TOUR [GO GO GFRIEND!] Jun depan.

Kunjungan pertama GFRIEND ke Malayia dibawakan khas oleh pihak penganjur, Macpiepro.

GFRIEND yang dianggotai oleh Sowon, Yerin, Eunha, SinB, Yuju dan Umji itu ditubuhkan pada tahun 2015 oleh syarikat hiburan Source Music.

GFRIEND telah mengeluarkan dua buah album studio, satu album kompilasi, tujuh EP dan satu album yang dilancarkan semula di Korea.

 Malah, kesemua album GFRIEND diterima baik oleh peminat mereka yang digelar sebagai ‘BUDDY’ selain pernah memenangi anugerah 'Artis Wanita Baharu Terbaik' 2015 di Anugerah Muzik Melon.

Mereka juga turut meraih beberapa lagi anugerah antaranya Anugerah K-Pop Carta Gaon, Anugerah Cakera Emas dan Anugerah Muzik Seoul. Sekaligus dinobatkan sebagai ‘Artis Wanita Terbaik’ 2018 di Anugerah Muzik Melon.

Menariknya, lagu berjudul ‘Me Gustas Tu’ dari mini album kedua GFRIEND telah berjaya mencapai 100 juta penstriman dalam carta Gaon pada tahun 2016.

Malah satu lagi lagu hit mereka, 'Rough' juga tuurt menduduki tempat pertama dalam carta platform muzik digital bagi tempoh enam bulan pertama tahun 2016.

GFRIEND juga pernah memenangi 29 kali rancangan muzik Korea Selatan pada tahun 2016, sekaligus menjadi satu-satunya kumpulan wanita yang meraih kemenangan paling banyak dalam masa setahun dan mengejutkan peminat muzik K-Pop di seluruh dunia.


GFRIEND telah meraih 80 anugerah yang mana 53 anugerah tersebut dari program muzik dan 27 lagi dari anugerah persembahan. Bagi kumpulan yang masih baharu seperti mereka, kejayaan tersebut benar-benar melonjakkan nama GRFIEND.

2019 GFRIEND ASIA TOUR [GO GO GFRIEND!] Kuala Lumpur bakal berlangsung pada pada 29 Jun 2019 bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam bermula jam 6 petang.

Tiket konsert dijual pada harga RM168 (Zon Hijau), RM238 (Zon Kuning), RM338 (Zon Merah), RM398 (Zon BUDDY) dan RM548 (Zon BUDDY Pakej VIP).

Menariknya, zon BUDDY Pakej VIP menyediakan akses ‘Hi-touch’ dan ‘soundcheck’ kepada peminat.

Selain itu, peminat yang membeli tiket dari mana-mana zon dari portal tiket rasmi kami dalam minggu pertama berpeluang mendapatkan poster yang ditandatangani oleh GFRIEND melalui cabutan bertuah.

Berikut merupakan jadual pembelian tiket:

HITS Deal:  30 Mac – 7 April 2019, 10 AM bertempat di kedai gaya hidup digital Mcalls dan laman web rasmi Mcalls.

Jualan Tiket Offline: 6 April – 7 April 2019, 12 pm bertempat di kedai gaya hidup digital Mcalls

Jualan Tiket Online: 8 April 2019, 12 pm di Laman web rasmi MacpiePro www.macpiepro.com & MMspot

Kedai gaya hidup digital Mcalls terletak di NU Sentral, Sunway Pyramid, Mid Valley Megamall, Dataran Pahlawan Melaka Megamall, Paradigm Mall Johor Bahru dan Pusat Servis Mcalls MMall Pulau Pinang. - Astro Gempak
Powered by Blogger.