Darah yang didermakan berpotensi untuk menyelamatkan tiga nyawa
Darah terdiri daripada pelbagai komponen yang berlainan dengan peratusan komposisi yang berlainan.
Darah yang anda dermakan juga akan diproses menjadi 3 komponen yang utama. Oleh kerana itu, darah yang didermakan berpotensi untuk menyelamatkan tiga nyawa.
- Sel darah merah – whole blood, packed red cell, buffy-coat poor red cell, filtered red cell.
- Plasma – fresh frozen plasma, cryosupernatant, cryoprecipitate
- Platelet – random platelet concentrate, apheresis platelet
Setiap produk atau komponen darah ini mempunyai cara penyimpanan dan kegunaan yang berbeza. Antaranya:
- Darah yang telah melalui ujian saringan dan telah diproses kepada sel darah merah, platelet
- dan plasma akan disimpan mengikut jenis darah, kumpulan darah ABO dan tarikh luput masing-masing.
- Sel darah merah perlu disimpan pada suhu 2oC – 6oC dan boleh bertahan selama 35 hari.
- Plasma perlu disimpan pada suhu -30oC dan boleh bertahan selama 2 tahun.
- Platelet perlu disimpan pada suhu 20oc – 24oC dan perlu sentiasa digerakkan (agitated).Jangka hayat platelet hanyalah 5 hari daripada tarikh pendermaan.
Kegunaan setiap komponen darah adalah berbeza:
- Whole blood – unit darah yang didermakan yang tidak menjalani proses pengasingan. Digunakan untuk kes-kes seperti pesakit yang kehilangan darah akibat kemalangan dan untuk pertukaran darah (Exchange Transfusion, ET) bayi akibat jaundis neonatal yang teruk.
- Sel darah merah – untuk masalah kekurangan hemoglobin (anemia) seperti penyakit buah pinggang dan panyakit kanser.
- Plasma – kes-kes pendarahan semasa bersalin, lecur akibat kebakaran, pendarahan akibat kerosakan hati.
- Platelet – untuk penyakit-penyakit kekurangan platelet seperti demam denggi dan leukemia.
Sumber: Pusat Darah Negara
Post a Comment