Perkhidmatan bas percuma GoKL Titiwangsa-MINDEF mula beroperasi hari ini
Kementerian Wilayah melancarkan laluan baharu perkhidmatan percuma bas GoKL di Hab Titiwangsa-Mindef (Laluan kelima) yang dinamakan sebagai Laluan Jingga.
Laluan tambahan sepanjang 10.4 kilometer itu akan bermula dari hab Titiwangsa (Hentian Pekeliling) melalui Jalan Tun Razak, Jalan Sultan Yahya Petra, Jalan Padang Tembak, Jalan Bukit Keramat, Persiaran Gurney, Jalan Raja Muda Abdul Aziz dan Jalan Pahang.
“Kerajaan terus mengambil inisiatif dengan merancang dari masa ke masa bagi memperluaskan laluan perkhidmatan Bas GoKL dengan mewujudkan laluan tambahan bukan sahaja tumpuan pusat perniagaan tetapi juga kawasan yang berkepadatan penduduk yang tinggi terutamanya bagi golongan kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) dan kawasan perumahan kos rendah.
“Diharap perkhidmatan bas percuma di laluan strategik ini dapat mengurangkan beban kehidupan warga kota dan mengurangkan kesesakan trafik, memberi keselesaan, keselamatan serta merealisasikan bandar raya yang sihat dan bebas karbon,” - Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad
Sementara itu, laluan keenam pula iaitu Laluan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Pantai-LRT Kerinchi akan dilaksanakan mulai April ini dengan kekerapan bas setiap 15 minit. - Front Desk
Post a Comment