Kanak-kanak lima tahun lemas


Kanak-kanak lelaki mati lemas selepas terjatuh ke dalam kolam ikan di Kampung Telok Sera dekat Padang Serai, di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Suprintendan Safuan Md Noor, berkata kejadian berlaku ketika bapa mangsa baru selesai makan tengah hari kira-kira 2.30 petang tadi.

Katanya, bapa berkenaan yang juga penternak ikan hanya menyedari kehilangan anak berusia lima tahun itu selepas dimaklumkan oleh seorang lagi.

Beliau berkata, abang kepada mangsa yang berusia 10 tahun memaklumkan yang adiknya jatuh ke dalam kolam.

"Bapanya bergegas ke kolam berkenaan dan ternampak mangsa terapung, lalu terjun dan mengangkat mangsa ke tebing.

"Dia cuba memberi bantuan pernafasan ke mulut anaknya, namun tiada tindak balas dari mangsa," katanya di sini hari ini.

Safuan berkata, bapa mangsa kemudian meminta bantuan rakannya untuk menghantar mangsa ke Hospital Kulim, namun anaknya disahkan meninggal dunia.

Beliau berkata, mangsa dipercayai lemas dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - BERITA HARIAN
Powered by Blogger.