85 Peratus Aduan Selesai - TNB
Kira-kira 85 peratus daripada lebih 18,000 aduan serta
maklum balas pengguna seluruh negara sepanjang April dan Mei lalu
berkenaan peningkatan caj bil elektrik telah diselesaikan.
Presiden
merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB) Amir
Hamzah Azizan berkata pihaknya akan cuba menyelesaikan semua aduan yang
berbaki lebih 3,000 secepat mungkin.
“Kita
lihat ada kemajuan dari segi penyelesaian (aduan) dan memberi tumpuan
kepada siasatan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Mesra Aidilfitri
TNB 2019.
Ketika ditanya
mengenai penalti yang akan dikenakan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) kepada
TNB, Amir Hamzah berkata beliau masih belum meneliti perkara itu.
"Buat
masa ini saya tidak melihat benda (perkara) itu lagi. Kita perlu
faham apakah isu sebenarnya dan bagaimana nak pantau, itu fokus saya,
namun apa yang penting, kita selesaikan masalah pengguna terlebih
dahulu.
"Setakat ini, berdasarkan sisatan yang
kita jalankan, jika didapati peningkatan caj bil berpunca daripada
pihak TNB, kita akan pulangkan dengan mengkreditkan semula ke akaun
pengguna," tambahnya. -BERNAMA
Post a Comment