Jaga maruah diri, katakan tidak pada kehamilan remaja
Gejala sosial dalam kalangan remaja semakim menjadi-jadi seperti pergaulan beans yang menjurus kepada masalah kehamilan remaja.
Statistik kehamilan remaja memperlihatkan sebanyak 18,000 kehamilan iaitu sebanyak 4,500 kes luar nikah dalam masa setahun.
Kajian mendapati remaja Malaysia mempunyai kefahaman yang kurang mengenai kesihatan seksual/reproaktif.
Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat menyeru kepada semua khususnya ibu bapa agar menjadi lebih peka dan prihatin terhadap isu-isu semasa dan info-info terkini yang disalurkan oleh Kementerian terutamanya mengenai isu keselamatan anak-anak terutama yang sudah di peringkat remaja.
Ibu bapa juga dinasihatkan untuk segera melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan atau menyalahi undang-undang dengan menghubungi Talian Kasih 15999.
Sumber: Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat
Post a Comment